Saturday 18 June 2011

Kalau Dah Jodoh Tidak Ke Mana Part 2

p/s: kepada sesiapa yang belum mengikuti entry Part 1, sila klik SINI


Pada pengalaman lalu ketika aku masih naif tentang cinta dan tanggungjawab terhadap kehidupan, aku tetap bersyukur kerana biarpun pernah kecundang, pengalaman lalu itu banyak mematangkan aku dalam pemikiran dan tindakan. Hidup aku adalah tanggungjawab aku, bercinta mati sekalipun, cinta itu tak boleh bagi kau makan. Jangan cakap kau boleh bahagia hanya dengan adanya cinta. Hiduplah secara realistik. Tak ada RM1 kau takkan dapat makan sepinggan nasik. Tak ada 30sen kau takkan dapat minum segelas air kosong.  Faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Carilah duit dan kemudian barulah kau cari cinta. Betul apa, kalau tak ada duit macam mana nak tumbangkan 2-3 ekor lembu time majlis kawen?

Berbalik pada kisah aku, hidup terus hidup, tiada istilah boyfriend girlfriend, couple, dating. Aku lebih selesa berkawan sahaja dengan semua yang cuba dekat. Namun jauh di sudut hati, aku tetap percaya tentang wujudnya fairytales once in a life time. Aku simpan kemas-kemas kepercayaan itu dalam hati. Oh ya! Biar aku beritahu kamu semua tentang salah satu kunci dalam hidup, kalau kau percaya akan sesuatu, kau pasti boleh mendapatkannya. Tetapi jika kau tak percaya. Kau takkan punya peluang. Atau kau takkan nampak/sedar bila mana peluang itu datang.

Fairytales tidak semestinya datang dalam bentuk ceritera Cinderella. Ataupun Snow White, atau juga Beauty and The Beast. Fairytales adalah bila mana orang yang tepat itu hadir di waktu yang tepat dan kedua-dua sama ada si lelaki dan perempuan sama-sama dapat merasakannya. Ops! Cinta bertepuk sebelah tangan bukanlah fairytales. Sebab cinta bertepuk sebelah tangan adalah tidak mungkin menjadi kisah cinta yang diidam-idamkan oleh sesiapa. Biarpun oleh mereka yang bercinta dengan kaum sejenis. Ya. Mungkin ada pembaca disini dari kategori tersebut. Anda juga mahu cinta anda berbalas bukan?

Terus terang, aku selesa menjalin persahabatan daripada percintaan. memang tak ada sesiapa lagi yang panggil aku dengan panggilan sayang atau darling atau honey. Tapi aku tetap gembira. berstatuskan single mahupun couple. kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Aku happy spend time dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan, jalan-jalan cari makan, tengok wayang, main bowling, pergi karaoke, jogging tepi tasik, bersembang dan bergelak tawa. Aku masih happy sebab aku bukan hidup seorang diri.

Persahabatan adalah anugerah hebat kerana persahabatan menyelamatkan diri kita daripada rasa kesunyian dan keseorangan. malah kehidupan dapat dijalani dengan lebih cool and relax. tak perlu stress pasal mesti nak kena jumpa seseorang itu at least once a week, atau pening kepala nak cari hadiah anniversary, juga tak perlu make report kemana kau mahu pergi dan dengan siapa kau akan keluar, hah~ kan ke jimat kredit telefon bimbit. malah tak perlu ada sesi bergaduh, merajuk, pujuk memujuk. Tiap malam boleh tidur lena dan mimpikan yang indah-indah.

Namun, hidup ini adalah sukar diduga. Kita tidak akan tahu apa bakal terjadi keesokan hari. Kalau memang sudah takdirnya cinta datang lagi, ianya tidak tertepis. Pejam celik bangun duduk terlentang malah meniarap sekalipun. Apabila cinta itu datang, aku tidak boleh mengatakan TIDAK~.



bersambung......




1 comment:

stalker hebat ! said...

yeahhh . betol betol aku setuju je kot .