Monday, 20 June 2011

Slot Disebalik Tirai:- kenapa si muda pilih si tua kaya


hi semua. untuk makluman,  ini adalah topik kita yang pertama dalam Slot Disebalik Tirai. sengaja topik ini diutarakan kali ini kerana zaman yang sedang kita lalui sekarang adalah zaman dimana setiap orang ingin mencari keselesaan. mencari Zon Selesa dengan usaha/cara yang berbeza, bergantung kepada keperluan dan kehendak yang juga berbeza.

tahukah anda bahawa si muda dan si tua kaya masing-masing menepati kehendak dan keperluan yang dalam bahasa orang putihnya boleh kita panggil sebagai 'mutual benefit'. masing-masing dapat faedah dan keuntungan. dan masing-masing berpuas hati dengan keuntungan/keselesaan yang diperoleh. mungkin keselesaan dari segi kebendaan, atau kepuasan dari segi batiniah? antara soal mahu dan mampu.

salah seorang kenalan aku, baru-baru ini beliau mendedahkan rahsia tentang perkahwinannya 5 tahun lalu, beliau seorang lelaki yang mengahwini seorang janda berumur 48 tahun ketika usianya 19 tahun. beliau merupakan student salah satu IPT di Malaysia ketika itu, dan isterinya adalah seorang pensyarah yang juga ibu kepada 4 orang cahaya mata.

antara perbualan aku dengannya:-

"wow. Macam mana kau boleh kawen dengan perempuan tua?"

"At that time aku rasa hidup aku susah. nak makan pun aku tak ada duit belanja. adik beradik aku ramai. 9 orang. Mak ayah aku dah tua tak boleh tanggung aku lagi. so kahwin dengan janda tu adalah pilihan terbaik untuk aku masa tu."

"famili kau tak bantah?.."

"famili aku taktau. lelaki kan. bukan kena mintak izin wali...."

"macam mana pengalaman dapat isteri 'super senior'?

"terus terang cakap. memang heaven! wife aku layan aku macam anak raja. jangankan duit belanja, kereta pun dia bagi. langsung takde kerenah merajuk ke apa. bab hubungan suami isteri tak payah cakaplah. tip top!"

"hoh. yeker?..tapi aku masih pelik lah macam mana kau boleh nak kawen dengan perempuan tua.ada anak sebaya kau pulak tu..."

"alahai.. konsep dia sama je macam perempuan muda kawen dengan lelaki tua....2x5 je. kau ingat semua perempuan muda tu nakkan lelaki muda? yang penting SELESA beb. hidup selesa tak pening kepala otak."


aku cuma diam dan dengar. tapi benar juga. bab hidup selesa yang bagaimana adalah terpulang kepada keinginan individu. mungkin kawan aku fikir. apa ada hal dengan status janda ke apa. janji menikah, hubungan pun halal ikut syariat agama. orang mungkin akan mengata, mentertawa. tapi yang duk mengata tu bukan dia yang akan bagi kita kenyang. 

macam jugak perempuan muda, dia pilih nak jadi isteri kedua ke, ketiga ke, keempat sekalipun. janji pilihan dia itu menggembirakan dia dan tidak menghuru-harakan kehidupan orang lain maka tak ada pun salahnya. kalau kita sebagai orang lain yang mungkin hanya punya keinginan untuk hidup selesa dengan pasangan yang sama muda sahaja pun terpulanglah kepada kita. bak kata orang, hidup ni. rezeki masing-masing, bahagian masing-masing. siapa yang mahu, dan siapa yang mampu.


p/s:- dan apa pula kemahuan dan kemampuan anda?




Saturday, 18 June 2011

Kalau Dah Jodoh Tidak Ke Mana Part 2

p/s: kepada sesiapa yang belum mengikuti entry Part 1, sila klik SINI


Pada pengalaman lalu ketika aku masih naif tentang cinta dan tanggungjawab terhadap kehidupan, aku tetap bersyukur kerana biarpun pernah kecundang, pengalaman lalu itu banyak mematangkan aku dalam pemikiran dan tindakan. Hidup aku adalah tanggungjawab aku, bercinta mati sekalipun, cinta itu tak boleh bagi kau makan. Jangan cakap kau boleh bahagia hanya dengan adanya cinta. Hiduplah secara realistik. Tak ada RM1 kau takkan dapat makan sepinggan nasik. Tak ada 30sen kau takkan dapat minum segelas air kosong.  Faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Carilah duit dan kemudian barulah kau cari cinta. Betul apa, kalau tak ada duit macam mana nak tumbangkan 2-3 ekor lembu time majlis kawen?

Berbalik pada kisah aku, hidup terus hidup, tiada istilah boyfriend girlfriend, couple, dating. Aku lebih selesa berkawan sahaja dengan semua yang cuba dekat. Namun jauh di sudut hati, aku tetap percaya tentang wujudnya fairytales once in a life time. Aku simpan kemas-kemas kepercayaan itu dalam hati. Oh ya! Biar aku beritahu kamu semua tentang salah satu kunci dalam hidup, kalau kau percaya akan sesuatu, kau pasti boleh mendapatkannya. Tetapi jika kau tak percaya. Kau takkan punya peluang. Atau kau takkan nampak/sedar bila mana peluang itu datang.

Fairytales tidak semestinya datang dalam bentuk ceritera Cinderella. Ataupun Snow White, atau juga Beauty and The Beast. Fairytales adalah bila mana orang yang tepat itu hadir di waktu yang tepat dan kedua-dua sama ada si lelaki dan perempuan sama-sama dapat merasakannya. Ops! Cinta bertepuk sebelah tangan bukanlah fairytales. Sebab cinta bertepuk sebelah tangan adalah tidak mungkin menjadi kisah cinta yang diidam-idamkan oleh sesiapa. Biarpun oleh mereka yang bercinta dengan kaum sejenis. Ya. Mungkin ada pembaca disini dari kategori tersebut. Anda juga mahu cinta anda berbalas bukan?

Terus terang, aku selesa menjalin persahabatan daripada percintaan. memang tak ada sesiapa lagi yang panggil aku dengan panggilan sayang atau darling atau honey. Tapi aku tetap gembira. berstatuskan single mahupun couple. kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Aku happy spend time dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan, jalan-jalan cari makan, tengok wayang, main bowling, pergi karaoke, jogging tepi tasik, bersembang dan bergelak tawa. Aku masih happy sebab aku bukan hidup seorang diri.

Persahabatan adalah anugerah hebat kerana persahabatan menyelamatkan diri kita daripada rasa kesunyian dan keseorangan. malah kehidupan dapat dijalani dengan lebih cool and relax. tak perlu stress pasal mesti nak kena jumpa seseorang itu at least once a week, atau pening kepala nak cari hadiah anniversary, juga tak perlu make report kemana kau mahu pergi dan dengan siapa kau akan keluar, hah~ kan ke jimat kredit telefon bimbit. malah tak perlu ada sesi bergaduh, merajuk, pujuk memujuk. Tiap malam boleh tidur lena dan mimpikan yang indah-indah.

Namun, hidup ini adalah sukar diduga. Kita tidak akan tahu apa bakal terjadi keesokan hari. Kalau memang sudah takdirnya cinta datang lagi, ianya tidak tertepis. Pejam celik bangun duduk terlentang malah meniarap sekalipun. Apabila cinta itu datang, aku tidak boleh mengatakan TIDAK~.



bersambung......




Friday, 17 June 2011

Kalau Dah Jodoh Tidak Ke Mana Part 1


agak berat bukan apabila berbicara soal jodoh. selalunya apabila cakap pasal kawen, orang akan kaitkan dengan berapakah umur. bila orang tanya bab umur. next question dah tentu akan tanya dah kawen ka belom. kalau dijawab belum, soalan seterusnya kau faham-faham sajalah. sudah umur sekian-sekian. rakan seangkatan sudah sampai seru. tapi diri sendiri masih tercari-cari.

mencari jodoh atau mencari cinta?

masa umur aku di awal 20an. aku mengaku bahwa ketika itu aku memang mencari cinta. cintailah aku. cintailah aku. cintailah aku. hati aku meronta-ronta ingin dikurniakan belahan jiwa yang memenuhi ciri pasangan idaman. mungkin yang baik rupa parasnya. yang baik peribadinya. yang juga datang dari keturunan dan latar belakang agama yang baik-baik. calon yang tidak segan untuk aku perkenalkan dia kepada kedua orang tuaku, yang meyakinkan aku bahwa calon pasangan hidup aku ini akan mudah mendapat green light dari kedua ibu bapa. kamu semua juga menginginkan sedemikian bukan?

lalu aku menjalani proses berkenalan, juga menjalani episod percintaan. aku gembira bila mana ada seseorang yang ambil berat tentang aku. yang boleh aku panggil sayang. yang boleh aku bergayut telefon dengannya selama berjam-jam. yang boleh aku berinya hadiah setiap kali ulangtahun kelahirannya. malah yang poskan padaku kad ucapan cinta, yang kononnya buat aku percaya bahwa life aku adalah normal seperti orang lain. berkenalan, bercinta, bergaduh. dan kemudian berbaik semula.

tahun berganti dan hubungan cinta itu putus. yang hairannya. aku tidak pula berasa sedih. yang lepas biar lepas. kalau ada jodoh akan bertemu lagi. kehidupan diteruskan. aku berkenalan dengan orang lain, menjalani percintaan yang episod-episodnya lebih kurang sama plot dan jalan ceritanya. dan kemudian selepas satu jangka masa, hubungan cinta putus lagi. aku optimis. mungkin putus kerana tidak serasi. tidak berjodoh barangkali. 

pengalaman cinta bermusim ini membuat aku terfikir. apakah episod cinta itu semua adalah realiti?. adakah benar aku sememangnya bercinta?. atau aku sebenarnya berpura-pura mahu terjebak dalam percintaan sebab terikut-ikut akan trend bercinta orang lain. adakah aku sedang bereksperimen? banyak yang telah terbuang. masa, wang ringgit, malah kampus life aku sebagai student turut diganggu oleh 'urusan cinta' yang akhirnya ke laut jua. pelajaran aku tidak cemerlang seperti di zaman persekolahan. sepanjang 3-4 tahun pengajian. cuma berapa A yang dapat aku kutip? cinta?.. kecundang kesemuanya.

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. pelajaran tidak cemerlang, percintaan juga gagal. aku merenung kembali ke dalam diri. aku ini hanya manusia lemah yang suka bertindak mengikut perasaan. masa muda aku berlalu tanpa sebarang kebanggaan. orang lain lepas belajar biarpun tak cemerlang boleh terus kawen, berkeluarga. sedangkan aku lepas belajar masih takut nak buka tirai memulakan kehidupan. sendirian dan tiada keyakinan. baru nak menyesal?



bersambung....

Sunday, 5 June 2011

no car, no girlfriend.


satu malam, entah beberapa bulan yang lepas. aku sedang melepak sambil online di salah satu restoran kopitiam di sekitar Wangsa Maju. tempat duduk aku adalah di tepi kedai dekat smoking area. saja nak ambil angin. bukan sebab aku nak smoke. maaf aku bukan penghisap. hisap apa pun aku tak suka. taktau kalau one day aku akan suka menghisap sesuatu. tapi rasa-rasa memang tak akan. 

sedang aku duduk-duduk, ushar facebook dan twitter rakan-rakan. tetiba terdengar bunyi enjin kereta menderum. sebijik BMW 525 white color betul-betul parking depan aku. Ceh! 

tak lama kemudian 3 orang jejaka yang tak dapat dipastikan apakah status mereka keluar dari kereta tersebut. nampak umur macam awal 30an. barangkali ketiga-tiganya berstatuskan suami orang. mungkin mamat-mamat bisnesman yang baru mula bisnes tapi dah nak eksyen pakai BMW. itu sebab parking pun nak bergaya. padahal bisnes pun hutang dengan bank. macam aku taktau.

alih-alih ketiga mereka ambil seat berdekatan dengan aku. aku pandang no plat kereta. owh. BJV 5**. 

pemilik kereta tersebut tak boleh dikategorikan sebagai handsome. rendah. agak gelap. tak macho. you all nak tahu satu perkara? biasanya lelaki kalau tak handsome tapi boleh pakai kereta mewah. mereka ini bukanlah anak orang kaya. sebab biasanya anak orang kaya boleh masuk kategori handsome. kalau dia tak handsome. maknanya dia berusaha sendiri nak jadi kaya. come on la macam you all tak tau. ingat lelaki muka papan gelongsor macam mana nak tackle ladies kalau bukan pakai D.U.I.T? macam mana gegurl assume seorang lelaki tu mewah kalau bukan dari kereta. jangan bohongla. kalau gegurl bersembang pasal boyfriend baru kawan dia. 1st thing apa dia akan tanya pasal that new bf?. kerat jarilah. mesti akan tanya. bf you pakai kereta apa?. 

biasanya kalau melepak online. aku memang akan online sambil dengar lagu. aku akan pakai headphone dengar lagu-lagu Nite Club. Jennifer Lopez On The Floor salah satu lagu favret aku. Dirty Bit Black Eyed Peas pun boleh tahan layan.

bila mamat bertiga berhampiran aku ni mula rancak bersembang. sengaja aku slowkan volume lagu yang aku tengah dengar. sembang orang lelaki kalau bukan pasal kerja. what next?.. pasal perempuan la der... kalau bukan pasal pempuan maknanya memang lelaki-lelaki ni gay lah~

tiba-tiba salah seorang dari mereka bertanya.

"Antara perempuan dengan kereta, mana lagi penting?"

"Perempuan la penting. Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan. Kereta tak ada kalau motor ada pun boleh hidup kan."

"Haha. Kau ingat ada perempuan nak kat lelaki yang tak ada kereta?....kereta kena ada beb. barulah perempuan datang. Get a car then you can get a girlfriend."

"Kau bro... kenapa senyap je. bagilah pendapat sket..."

"Kau ni pun, lagi mau tanya. bro kita ni. bawak BMW memang berbakul la girlfriend.."


si pemilik BMW melempar muka ketat. padahal terasa dengan seloroh kawan-kawan dia. pendapat you all macam mana?.. betul ke no car no girlfriend?

jawapan standard orang perempuan:-


 "kalau boleh biarla ada kereta. itukan keperluan... nanti nak kawen, ada anak takkan nak pakai motor..."


~jawapan nak berbunyi mulia, padahal nak cakap:- apa barang ada motor jekkk!~